Bina taman hijau untuk belia beriadah
SIBU, 6 OKT – Kerajaan Sarawak akan membina sebuah taman hijau bagi membolehkan masyarakat termasuk golongan belia di bandar ini mengadakan kegiatan sukan, riadah dan rekreasi, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Abang Johari berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi negeri, Dr Annuar Rapaee dalam tempoh terdekat


































