Bincang buka semula sekolah di Labuan

LABUAN, 5 SEPT – Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin hari ini mengadakan siri pertama perbincangan bersemuka dengan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menengah dan rendah di sini, mengenai pembukaan sesi persekolahan pada 3 Okt depan.

Perbincangan tertutup itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pagi dan petang membabitkan 50 wakil dari 17 sekolah menengah dan 10 sekolah rendah. Antara perkara yang dibincangkan adalah pandangan dan cadangan daripada PIBG mengenai pembukaan sekolah secara berperingkat.

Radzi turut mengadakan perbincangan dengan guru besar dan pengetua mengenai sistem yang sesuai bagi pembukaan semula sesi persekolahan dan prosedur operasi standard (SOP). – Bernama