Tuesday, October 4, 2022
22.9 C
Brunei

Bincang cara elak konflik dalam industri pembinaan

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – PUJA Academy Sdn Bhd (PASB) dengan kerjasama Changaroth International Consultancy baru-baru ini, telah menganjurkan seminar bertajuk ‘Industri Pembinaan: Pandangan Segar Terhadap Pendekatan Kolaboratif untuk Menguruskan Projek, Mengelakkan Konflik Menyelesaikan Pertikaian’ yang berlangsung
di Bilik Senat, Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Penceramah untuk webinar tersebut ialah Anil Changaroth dari Perunding Antarabangsa Changaroth dan Presiden Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam, Haji Mansur Latif.

Anil Changaroth telah berkongsi pandangan tentang bagaimana dunia telah berubah dan penting untuk mempertimbangkan cara kerjasama dalam menguruskan projek, mengelakkan konflik dan menyelesaikan pertikaian.

Dua wakil dari Brunei menyertai seminar itu, Lenny Rahman dari HLR Advocates & Solicitors sebagai moderator dan Haji Mansur Latif, bagi menerangkan aspek undang-undang dari perspektif Brunei dan faedah pengantaraan sebagai satu bentuk penyelesaian pertikaian yang perlu diamalkan oleh semua pihak dalam kontrak terlebih dahulu se-belum beralih kepada laluan litigasi.

Seminar telah dibahagikan kepada dua sesi yang disampaikan oleh Anil, dengan sesi pertama meneroka tentang cara mempertimbangkan bagaimana dunia telah berubah, mempengaruhi rantaian bekalan, jenis pertikaian pembinaan yang mungkin timbul. Mana-
kala itu, sesi kedua pula menumpukan kepada bagaimana mempertimbangkan perubahan landskap pengelakan konflik yang sesuai dan penyelesaian pertikaian dan kontrak kerjasama.

Seminar berkenaan disertai dari lebih 80 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PUJA dan dari industri pembinaan.

Anil Changaroth semasa perkongsian di seminar itu. – Gambar serahan PUJA
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -