Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Bincang dakwah di Brunei, Jepun

Oleh Mu’min Karim

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Program dakwah yang dijalankan di Negara Brunei Darussalam dan keperluan penyebaran dakwah di Jepun bagi meningkatkan jumlah umat Islam adalah antara yang dibincangkan dalam sesi perkongsian antara rombongan Pusat Dakwah Jepun bersama Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Sesi perkongsian yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, PDI, pada 2 Oktober lalu itu telah dianjurkan bersama ahli Jawatankuasa Tertinggi Nadi Qawi Al-Amin, Fakulti Sains dan Kemasyarakatan, Belia Mualaf As-Syahadah dan Belia Daie.

Pada majlis tersebut, taklimat ringkas telah disampaikan oleh pihak KUPU SB berkenaan PDI untuk rombongan dari Pusat Dakwah Jepun.

Ia diteruskan dengan taklimat daripada Pengasas Pusat Dakwah Jepun di Osaka, Zulkarnain Hasan Basri diikuti dengan penyampaian taklimat daripada Profesor Masahiro Yoshida dari Pusat Penyelidikan Budaya Bandar, Universiti Metropolitan, Jepun.

Sesi perkongsian turut menyentuh mengenai permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam serta permasalahan yang timbul mengenai perkuburan orang Islam di Jepun serta usaha Pusat Dakwah Jepun untuk menubuhkan sebuah masjid dengan bertemakan rumah Jepun.

Kemudian sesi perkongsian diteruskan dengan sesi soal jawab dan bergambar ramai.

Wakil dari PDI, KUPU SB dan rombongan Pusat Dakwah Jepun bergambar ramai pada program tersebut. – Gambar serahan KUPU SB
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -