
LONDON, UNITED KINGDOM, 4 FEB – Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom terus komited mengukuhkan kerjasama sedia ada terutama dalam bidang pertahanan semasa Majlis Perjumpaan Dua Hala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Tuan Yang Terutama Boris Johnson di No. 10, Downing Street, London, hari ini.




























