Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bincang peluang import produk makanan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nahida Rahman Shumona dan Pengarah Urusan Syarikat Sim Kim Huat Trading (SKH), Lee Chiap Kiang, baru-baru ini telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan mengenai peluang import produk makanan dan minuman dari Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam.

    Pertemuan yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh di Brunei Darussalam itu turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Makanan dan Minuman Brunei, Haji Nasir Latif.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, SKH merupakan salah satu rangkai-an pasar raya terbesar di negara ini dan mewakili salah satu pengimport makanan terbesar Brunei.

    Persatuan Makanan dan Minuman Brunei membantu memudahkan dan mempromosikan makanan dan perdagangan yang berkaitan untuk pengimportan ke Negara Brunei Darussalam dan pengeksport makanan di seluruh dunia.

    Dalam beberapa minggu seterusnya, pertemuan-pertemuan lanjut dijangka diadakan dan melibatkan pengeluar makanan utama lain di Bangladesh termasuk Pran Food Ltd, Square Food & Beverage Ltd dan Akij Food and Beverage Ltd.

    Kenyataan menjelaskan, pada 2020, barangan dan produk pertanian serta makanan proses dari Bangladesh mencapai lebih satu bilion jualan di seluruh dunia.

    Bangladesh kini mengeksport ke lebih 140 buah negara di seluruh dunia dan eksport makanannya mencerminkan kualiti tinggi dan harga yang kompetitif.

    Pada masa ini, industri pemprosesan agro di Bangladesh untuk perdagangan tempatan dan eksport mewakili $4.8 bilion dalam jualan global dan dijangka terus berkembang sebanyak $5.8 bilion menjelang 2030.

    PYT Nahida Rahman Shumona dan Lee Chiap Kiang berbincang mengenai peluang import produk makanan dan minuman dari Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...