Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang peluang kerjasama

    BANDUNG, Indonesia, 25 Okt – Mesyuarat Kumpulan Kerja Tentera Brunei-Indonesia (BRUNESIA AWG) siri 10/2018 antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) kini sedang berlangsung di Bandung, Republik Indonesia di mana ia telah bermula pada 23 Oktober se-hingga esok.

    Delegasi TDDB diketuai oleh Ketua Staf TDDB, Kolonel Khairil bin Haji Ismail manakala itu, delegasi TNI-AD diketuai oleh Wakil Asisten Operasi Kepala Staf Angkatan Darat, Brigadir Jenderal TNI Untung Budiarto.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, mesyuarat berkenaan bertujuan untuk menyelaraskan kegiatan-kegiatan seperti lawatan, kursus, latihan dan eksesais tentera antara TDDB dan TNI – AD bagi 2018/2019, di samping untuk memudahkan aktiviti antara kedua-dua pihak angkatan tentera dan membincangkan peluang untuk bekerjasama dalam masa depan.

    Mesyuarat dikendalikan setahun sekali dan dihoskan oleh kedua-dua negara secara bergantian. Mesyuarat sebelumnya telah diadakan pada 17 hingga 20 April 2017 di Negara Brunei Darussalam.

    Delegasi TDDB bergambar ramai bersama delegasi TNI-AD semasa menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja Tentera Brunei-Indonesia siri 10/2018 di Republik Indonesia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda