Bincang perjanjian perdamaian

KUALA LUMPUR, 22 JAN – Kumpulan pemberontak yang dipercayai dalang kepada pemberontakan 16 tahun lalu di selatan Thailand yang majoritinya penduduk Muslim, bertemu dengan ketua perunding kerajaan untuk perbincangan bagi mencapai perjanjian perdamaian.

Para pemerhati melihat dialog itu sebagai harapan terbaik untuk menamatkan konflik yang telah menyebabkan beribu-ribu orang maut di tiga wilayah pa-ling selatan di Thailand.

Rantau ini telah bergelut dengan pemberontakan sejak tahun 2004, dengan pertempuran antara pemberontak Melayu-Islam dan tentera ne-gara majoriti Buddha yang telah mengorbankan lebih daripada 7,000 nyawa, kebanyakannya adalah orang awam. Kumpulan pemberontak utama itu juga dipercayai dalang dalam serangan gerila – Barisan Revolusi Nasional (BRN) – yang telah lama menolak perundingan damai. – AFP