Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan StanChart Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Bank Standard Chartered (StanChart) telah menganjurkan Taklimat Penyelidikan Global secara maya untuk H1 2022, hari ini, bagi pelanggan korporat dan pihak berkepentingan di mana ahli ekonomi kanan daripada rangkaian globalnya berkongsi pandangan mereka untuk tahun seterusnya.
Menurut kenyataan StanChart, Pemangku Pengarah Urusan Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB), Hajah Rashidah binti Haji Sabtu telah menyampaikan ucaptama semasa taklimat itu di mana beliau menjelaskan, walaupun inflasi berada pada trajektori menaik sejak kemuncak wabak di Negara Brunei Darussalam, ia meningkat kepada purata 1.7 peratus dalam tempoh 10 bulan pertama 2021 yang menekankan persekitaran inflasi yang boleh dikawal, pada masa ini.
Dengan Fasa Awal Endemik awal yang bermula pada 15 Disember 2021, jelasnya, aktiviti ekonomi domestik dijangka meningkat.
“Ini ditunjukkan dengan penemuan terbaharu daripada Indeks Sentimen Perniagaan (BSI), yang diterbitkan oleh BDCB yang menandakan keyakinan dalam kalangan perniagaan sektor
Beliau seterusnya berharap, keadaan perniagaan akan kembali ke tahap normal dalam jangka masa terdekat berikutan pengurangan langkah kawalan COVID-19 dan kadar vaksinasi penduduk yang tinggi.
Manakala itu, Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim dalam ucapan pembukaan webinar itu antara lain menjelaskan mengenai tema tahun ini, Still Battling Headwinds yang menggambarkan bagaimana dunia masih bertarung dengan wabak COVID-19 dan dengan varian baharu seperti Omicron masih menimbulkan ketidakpastian.
Semasa webinar itu, Ketua Pakar Ekonomi ASEAN dan Asia Selatan, StanChart, Edward Lee dan Ketua Penyelidikan ASA FX, StanChart, Divya Devesh berkongsi pandangan global bagi separuh pertama 2022.
Ini memfokuskan kepada bagaimana ekonomi global terus pulih di tengah-tengah cabaran daripada pandemik di peringkat global dan serantau.