Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bincang usaha pemulihan sistem pendidikan ASEAN

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Bagi menggapai usaha bersama dalam memulihkan sistem pendidikan di ASEAN, Kementerian Pendidikan telah menghadiri beberapa mesyuarat di Hanoi, Vietnam selama dua hari.

    Mesyuarat-mesyuarat yang berakhir kelmarin itu merangkumi Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pendidikan ASEAN kali ke-17 (17th SOM-ED); Mesyuarat SOM-ED Plus Three ke 12 (12th SOM-ED+3); dan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pendidikan East Asia Summit kali ke-7 (7th EAS SOM-ED).

    Mesyuarat yang diadakan secara bersemuka itu telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dan Latihan Vietnam selaku pengerusi mesyuarat-mesyuarat tersebut tahun ini.

    Hadir ke mesyuarat-mesyuarat itu bagi pihak Kementerian Pendidikan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin bersama beberapa pegawai Ke-menterian Pendidikan.

    Pada tahun ini, mesyuarat tersebut membawa tema ‘Usaha Bersama dalam Memulihkan Pembelajaran dan Membina Kedayatahanan Sistem Pendidikan di ASEAN Seterusnya dalam Konteks Baharu’.

    Semasa mesyuarat-mesyuarat itu, para pegawai kanan pendidikan ASEAN telah pun dimaklumkan mengenai pelaksanaan inisiatif pendidikan ASEAN, pelan kerja ASEAN dan aktiviti-aktiviti di bawah sektor pendidikan ASEAN dari negara-negara ahli dan beberapa pertubuhan.

    Sehubungan itu, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati juga berkongsi mengenai perkembangan terkini di bawah Working Group on Student Mobility and Quality Assurance of Higher Education among ASEAN Plus Three Countries (APTWG).

    Selain itu, dokumen-dokumen juga akan dibentangkan dan dibincangkan semasa mesyuarat-mesyuarat peringkat menteri yang akan berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober ini di Hanoi, Vietnam.

    Dr Shamsiah dan juga beberapa pegawai dari Kementerian Pendidikan semasa menyertai mesyuarat pendidikan di Vietnam. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...