Binder julang kejuaraan pertama di MotoGP Czech

BRNO, 10 OGOS – Brad Binder telah menjuarai MotoGP Czech kelmarin, di hadapan pemandu Itali, Franco Morbidelli dari pasukan satelit Yamaha, SRT dan pemandu Perancis, Johan Zarco dari Ducati-Avintia.

Perlumbaan tersebut merupakan kejuaraan pertama Binder, 24, dalam tiga perlumbaan. Ini adalah kemenangan pertama dalam peringkat elit buat pemandu dari Afrika Selatan itu dan buat pasukan KTM.

“Ini adalah hari yang saya impikan sejak saya kecil dan hari ini ia menjadi kenyataan,” menurut Binder.

“Pasukan saya berusaha keras untuk menyediakan motor saya untuk hujung minggu ini. Saya tidak menyedari bahawa kami mempunyai kebolehan untuk menang tetapi saya dapat merasakan ia adalah baik.”

Pemandu Perancis, Fabio Quartararo (Yamaha-SRT), memenangi dua pusingan pertama musim ini dan pendahulu kejuaraan dunia, menamatkan di kedudukan ke-7 untuk menjarakan kedudukannya kepada 17 mata di hadapan pemandu Sepanyol, Maverick Vinales (Yamaha), yang menamatkan di kedudukan ke-14.

Reaksi Brad Binder dari Afrika Selatan selepas menjuarai MotoGP Czech dan merupakan kejuaraan pertamanya.- AFP

Juara bertahan, Marc Marquez masih diketepikan dari berlumba akibat kecederaan patah tangan, Binder mengikut jejak Quartararo untuk merebut peluang.

Binder adalah pemandu baharu yang memenangi MotoGP sejak Marquez pada 2013 dan dia kemudiannya menamatkan dua perlumbaan di tempat kedua.

Bagi Morbidelli ia merupakan penamat podium pertama.

“Ia adalah perlumbaan yang bagus secara keseluruhan, saya bermula dengan baik, saya melakukan seperti yang dirancang, beraksi mengikut rentak dan tidak merosakkan tayar,” katanya.

“Saya tidak akan membuat sesuatu perkara yang kurang bijak dan cuba untuk menghabiskan perlumbaan dan merebut podium pertama saya.”

Sementara itu, Zarco berada di tempat ke-3 meskipun mengalami masalah dengan tayar dan dikenakan denda kerana pelanggaran dengan Pol Esparago, yang meletakkan pemandu Sepanyol dari KTM keluar dari perlumbaan.

“Dia pergi ke sudut. Saya berada di bahagian dalam, cuba untuk mengekalkan berada di garisan dan apabila kami tersentuh,” kata Zarco. “Saya tidak menjangkakan dan saya rasa dia terbabas.”- AFP