Bintang bulu tangkis Lin Dan bersara

BEIJING, 5 JULAI – Juara Olimpik dua kali China, Lin Dan, yang merupakan antara pemain badminton terhebat sepanjang masa, mengumumkan persaraannya semalam pada usia 36 tahun.

Ini bermaksud Lin, yang memenangi pingat emas di Sukan Beijing 2008 dan London 2012, tidak akan bertanding di Olimpik Tokyo 2020, yang ditunda kembali pada musim panas tahun depan.

Pengakhiran karier kegemilangan Lin datang setahun selepas persaraan pesaing dan rakan hebatnya, bintang Malaysia, Lee Chong Wei.

Kedua-duanya mengungguli sukan ini selama lebih dari satu dekad dan kini melepaskannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini ketika prestasi mereka semakin menurun. – AFP