Bintang Golf, NFL rancang perlawanan golf

LOS ANGELES, 23 APRIL – Tiger Woods, Phil Mickelson dan pemain legenda NFL, Tom Brady dan Payton Manning sedang merancang perlawanan golf amal pada bulan Mei, media AS melaporkan kelmarin.

Kejohanan tersebut akan diadakan tanpa kehadiran peminat di Florida, yang akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen dengan pasukan yang mara akan membantu menentang pandemik COVID-19, stesen penyiaran Amerika Syarikat, ESPN melaporkan.

Turner Sports berkata satu tarikh yang dirancangkan adalah pada Hari Peringatan pada hujung minggu 23 sehingga 25 Mei.

Manning, yang bersara, memberitahu stesen radio Denver kelmarin bahawa terdapat perbincangan mengenai kejohanan itu,

“Dan sekarang, mendapat peluang untuk kejohanan utama bagi mengumpul dana bantuan COVID-19, hampir seperti teleton. Jika itu dilangsungkan, saya akan menyertainya.”

Gambar fail Tiger Woods dan Phil Mickelson menunggu di padang ketujuh pusingan final AT&T Pebble Beach Golf Links, 12 Feb 2012. Mereka sedang merancang perlawanan golf amal pada bulan Mei. – AFP

Action Network melaporkan bahawa kemungkinan besar Woods dan Manning akan beraksi menentang Mickelson dan Brady.

Gabenor Florida, Ron DeSantis baru-baru ini menyuarakan sokongan terhadap kejohanan itu yang melibatkan bintang golf dan ikon bola sepak Amerika.

“Saya ingin menyaksikan Woods dan Mickelson bermain perlawanan golf, atau apa-apa sahaja, kerana itu adalah penjarakan sosial,” DeSantis berkata minggu lalu.

“Tidak akan ada galeri di sana. Tidak akan ada peminat. Tetapi akan disiarkan dalam TV, saya rasa ramai orang dahaga melihatnya.”

Jelajah PGA berkata ia belum mengadakan kejohanan tetapi sedang menilai dari segi kebimbangan kesihatan dan keselamatan.

Satu lokasi yang sedang dipertimbangkan adalah Kelab Golf Medalist di Hobe Sound, Florida, yang terletak di Utara tempat tinggal Woods di Jupiter.

Jelajah PGA telah mengantungkan permainan sejak pusingan pertama Kejohanan Pemain pada 12 Mac.

Jelajah tersebut telah menyemak semula tarikh yang dikeluarkan hari ini yang akan bermula pada 11 hingga 14 Jun di Fort Worth, Texas.

Sebagai tambahan, kejohanan Fort Worth, kejohanan lain pada bulan Jun telah dimaklumkan akan diadakan tanpa peminat di RBC Heritage dan Kejohanan Travelers. – AFP