Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bintang GoT ditangkap polis?

    Bintang Game of Thrones (GoT) Joseph Gatt dilaporkan ditangkap polis Los Angeles (LAPD) atas dakwaan berkomunikasi nada lucah atau berbaur seksual dengan anak di bawah umur melalui Internet.

    Berita tersebut dikongsikan pihak LAPD kepada media Hollywood. Bintang berusia 50 tahun itu dilaporkan ditahan oleh pihak polis di kediamannya yang mendapat waran geladah pada 6 April lalu, lapor TMZ.

    Laporan tersebut menyebut rumah Gatt digeledah selepas mendapat surat perintah daripada pihak berkuasa. Ia lantaran Gatt dipercayai telah melakukan komunikasi lucah dengan budak di bawah umur menerusi perbualan di Internet. Namun Gatt dibebaskan pada hari yang sama.

    “Perbualan lucah di Internet itu membabitkan budak di bawah umur dari negara berbeza,” kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak LAPD.

    Polis mengatakan masih menjalankan siasatan terhadap Gatt dan meminta kerjasama dari pihak yang memiliki informasi tambahan untuk diberikan kepada polis.

    Melalui cuitan di bebenang Twitternya, Gatt menafikan dirinya terbabit dengan aktiviti tidak bermoral tersebut. – Agensi

    Joseph Gatt dilaporkan ditangkap pihak polis Los Angeles (LAPD) atas dakwaan komunikasi nada lucah atau berbaur seksual dengan anak di bawah umur melalui Internet. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...