Bintang kriket, aktres Bollywood bakal timang anak pertama

Pemain terkenal sukan kriket India, Virat Kohli dan aktres Bollywood Anushka Sharma mengumumkan hari ini mereka bakal menimang cahaya mata pertama pada Januari depan.

Gambar-gambar Kohli dan Sharma yang sedang hamil telah disiarkan dalam akaun media sosial pasangan selebriti itu.

“Dan tidak lama lagi, kami akan bertiga! Akan hadir pada Januari 2021,” umum Kohli dalam Twitter.

Pasangan itu berkahwin pada majlis serba sederhana di Itali pada Disember 2017 selepas menjalinkan hubungan selama beberapa tahun.

Kohli, 31, merupakan pemain terkenal dunia dan kapten pasukan kriket kebangsaan India.

Sharma, 32, seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Bollywood. Wajah beliau pernah menghiasi skrin besar dalam filem Zero pada 2018 dan platform penstriman. – AFP

Gambar fail bertarikh 21 Disember 2017 menunjukkan Virat Kohli bersama isterinya semasa majlis resepsi perkahwinan di New Delhi. – AFP