Bintang muda tenis Seyboth Wild positif COVID-19

PARIS, 27 MAC – Bintang tenis muda dari Brazil, Thiago Seyboth Wild mengumumkan pada hari Rabu bahawa dia menjalani pemeriksaan dan dia disahkan positif COVID-19.

“Saya berada di sini untuk memberi amaran kepada anda bahawa saya telah positif COVID-19. Hasil keputusan ujian yang keluar hari ini,” kata Seyboth Wild, yang berusia 20 tahun berkata di dalam laman Twitternya.

Pada 1 Mac lalu, Seyboth Wild telah menewaskan Norwegian Casper Ruud di perlawanan akhir Terbuka Chile untuk berdepan dengan Gustavo Kuerten. Dia merupakan pemain tenis termuda untuk memenangi kejohanan ATP.

Tidak lama kemudian, dia jatuh sakit.

“Sekitar 10 hari yang lalu, saya mengalami demam dan mendapat selesema,” katanya.

Reaksi Thiago Seyboth Wild pada kejohanan yang lalu. Seyboth Wild mengumumkan bahawa dia disahkan positif COVID-19. -AFP

“Tetapi saya rasa tidak lama lagi penyakit itu akan hilang dan saya akan baik-baik saja.”

“Saya berasa baik sahaja untuk beberapa hari yang lalu, tetapi saya ada di sini untuk membuat semua orang gembira yang tinggal di rumah dan agar menjaga diri mereka sendiri. Ia adalah penyakit yang serius, tetapi ia boleh dikawal dengan kekuatan semua orang,” tambahnya.

Manakala ada beberapa ahli-ahli sukan lain yang terkenal telah menjalani pemeriksaan dan positif terhadap COVID-19 seperti pengurus Arsenal, Mikel Arteta, bintang NBA Rudy Gobert.

Seyboth Wild bukanlah atlet termuda pertama yang terkena dengan penyakit itu, pemain sayap Chelsea yang berusia 19 tahun dan pemain sayap England, Callum Hudson-Odoi juga positif COVID-19.

Seyboth yang berada di kedudukan 114 dunia itu tersenyum sambil menjelaskan “Saya telah melakukan pengasingan diri saya sejak minggu lalu. Saya telah menjaga diri saya dan mengikuti arahan doktor.” – AFP