Bintang opera Domingo ‘mohon maaf’ atas tuduhan gangguan seksual

MADRID, 25 FEB – Bintang opera Placido Domingo, menghadapi pelbagai tuduhan mengenai gangguan seksual, hari ini meminta maaf atas ‘kesengsaraan’ yang dibangkitkan oleh penuduh, mengatakan bertanggungjawab penuh atas tindakannya.

“Saya mahu mereka tahu bahawa saya benar-benar menyesal atas kesengsaraan yang saya lakukan kepada mereka, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan saya,” katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada agensi berita Sepanyol, Europa Press.

Ahli muzik berusia 79 tahun itu, yang pernah menjadi pengarah dan konduktor di beberapa rumah opera yang paling berprestij di dunia, telah dituduh oleh sekurang-kurangnya 20 wanita yang mendakwa dicium, diraba secara paksa dalam insiden sejak tahun 1980an lagi.

Sehingga kini, Domingo telah menafikan dakwaan itu, merujuk tuduhan mereka sebagai ‘tidak tepat’ dan mengatakan bahawa semua interaksi dan hubungannya ‘sentiasa disambut baik dan dipersetujui’.

“Saya telah mengambil masa selama beberapa bulan untuk memikirkan dakwaan atas tuduhan rakan-rakan sekerja terhadap saya,” kata Domingo, yang merupakan tenor yang paling dikenali di abad ke-20 tetapi sejak itu telah mengubah dirinya menjadi bariton.

Tuduhan pertama kali muncul pada bulan Ogos dan dua bulan kemudian, dia meletak jawatan sebagai pengarah umum Opera Los Angeles, dan menarik diripada dari semua persembahan di Metropolitan Opera New York, serta menamatkan kerjayanya di AS.

Laporan adalah berdasarkan gambaran potret seorang lelaki yang kebal dari undang-undang, dilindungi statusnya sebagai bintang opera terkenal. – AFP

Bintang opera, Placido Domingo, menghadapi pelbagai tuduhan mengenai gangguan seksual yang dilakukannya. – Agensi