Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

Bintang ragbi maut dalam kemalangan

-

WELLINGTON, 18 OKT – Penjaring terbanyak Super Rugby, Sean Wainui maut dalam kemalangan kereta hari ni, dan pasukan ragbi New Zealand berkabung atas pemergian pemain tersebut.

Pemain berusia 25 tahun itu maut dalam kemalangan kereta ketika kenderaannya merempuh sebatng pokok, kata polis. Ketua eksekutif ragbi New Zealand, Mark Robinson berkata, kematian pemain tengah Waikato Chief merupakan “hari sedih bagi ragbi”.

“Pemergian Sean sangat dirasakan oleh semua orang yang terlibat dalam ragbi, terutama rakan sepasukan Bay of Plenty dan Chiefs, kami berkongsi kesedihan dan kekejutan mereka,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Bekas pemain All Black, Sonny Bill Williams memberikan penghormatan dalam media sosialnya.

“Walaupun saya tidak bermain di sampingnya, saya selalu dapat merasakan perwatakkannya ketika menentangnya,” menurut kenyataan dalam Twitternya. Wainui mewakili Maori All Blacks dan memulakan kerjaya Super Rugby dengan pasukan Canterbury Crusaders. Dia menyertai pasukan Chiefs pada tahun 2018 dan pada bulan Jun tahun ini telah menjaringkan lima percubaan menentang NSW Waratahs dalam kekalahan 40-7 di Sydney, mencatat rekod percubaan terbanyak oleh seorang pemain dalam satu perlawanan. – AFP

Aksi pemain sayap Chiefs, Sean Wainui ketika membuat percubaan dalam perlawanan antara pasukan Afrika Selatan, Sharks dan pasukan New Zealand, Chiefs di Durban. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -