Thursday, February 9, 2023
30.8 C
Brunei

-

Bintang Search kembali cari bakat baharu

Oleh Ak Zaki Kasharan 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Bintang Search kembali buat musim kedua di mana kali ini, rancangan realiti tempatan yang dijalankan secara dalam talian tersebut menerima lebih 400 penyertaan dalam misi untuk menduduki tempat 20 teratas
bagi melayakkan diri ke pusingan konsert.

Juri yang menghiasi acara seperti pada musim lalu ialah Rizal Rasid dan Nana Farhana yang turut didampingi oleh juri baharu, Dayat Ahim.

“Saya sangat teruja untuk bergabung dengan Rizal Rasid dan Nana Farhana, sebagai hakim baharu di Bintang Search. Saya tidak sabar untuk bekerja dan melihat bakat luar biasa yang belum terserlah di Brunei!” jelas Dayat Ahim.

Sepanjang tiga minggu akan datang ini, seramai 20 peserta akan dipilih untuk menyertai pusingan Bintang Concert.

Dayang Siti Kamaluddin selaku pengasas Bintang Search antara lain menjelaskan bahawa pertandingan kali ini berbeza daripda sebelumnya di mana lebih ramai penyanyi yang telah digalap dan artis turut menyertai pertandingan.

Sebagai tambahan, musim 2021 akan menetapkan tema mingguan yang memberi peluang kepada 20 peserta teratas untuk mencabar diri mereka sendiri dan mendorong batasan zon selesa mereka.

Di samping itu, OOP! Brunei juga memperkenalkan pengacara baharu iaitu Fatin Feisal yang akan berganding dengan Ian Zulkfili yang juga pengacara Bintang Search pada musim lalu.

Orang ramai bolehlah menonton Bintang Search di saluran YouTube yang kini masih lagi menayangkan pusingan uji bakat.

Barisan panel juri Bintang Search bagi musim kedua.
Antara peserta yang menyertai uji bakat bagi rancangan realiti tersebut.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -