Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Bintang Search musim ketiga kembali

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Rancangan realiti nyanyian Brunei yang dibawakan Origin Original Productions (OOPs!), Bintang Search kembali lagi bagi musim ketiga bermula 17 Julai ini di saluran YouTube. 

    Bintang Search tahun ini berwajah baharu terutamanya dengan penampilan Mat Fadhil sebagai salah seorang daripada tiga juri, selain Dayat Ahim dan Nana Farhana, manakala ia masih dihoskan oleh gandingan Fatin Feisal dan Ian Zulkifli. 

    Konsert itu menampilkan 20 Peserta iaitu Danish, Izzat, Rofini, Kirana, Alim, Hafiz, Peepy, Matin, Faizah, Raziq, Aiz, Dani, Celeste, Faiz, Qidah, Nazz, Hassan, Jasrin, Annisa dan Marsya.

    Mereka dipilih setelah melalui proses uji bakat, yang mana ada antara mereka mencuba untuk kali kedua dan ketiga.

    Juara Bintang Search 2021, Mat Fadhil menjelaskan bahawa, “Peserta tahun ini adalah kumpulan yang menarik, berbeza daripada Bintang Search sebelum ini. Suara, gaya dan getaran semuanya menyala dengan pembaharuan tetapi satu perkara tetap sama, semangat membara mereka untuk menyemarakkan muzik Brunei.”

    Showrunner, Dayang Siti Kamaluddin pula berkata, “Bintang Search merupakan komitmen jangka panjang untuk mengembangkan industri kreatif tempatan dengan menyediakan platform supaya muzik menjadi salah satu enjin ekonomi kreatif Brunei.

    “Tahun ini kami mencari seseorang yang mempunyai daya tarikan antarabangsa dan boleh membuat muzik terkini dan berkaitan,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...