Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Bintang Search tampil malam akustik

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Bintang Search Musim ke-3 kini selangkah lebih dekat untuk menobatkan juara seterusnya apabila separuh akhir kelak akan menampilkan persembahan malam akustik bersama pemuzik tempatan.

    Pada separuh akhir itu, lapan peserta bakal bersaing ke final Bintang Search dengan diiringi pemuzik tempatan membawakan irama akustik.

    Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Origin Artistic Management yang mengelolakan rancangan hiburan itu, para peserta terdiri daripada Dani, Hafiz, Celeste, Rofini, Izzat, Aiz.Matin dan Jasrin, masing-masing akan mempersembahkan dua buah lagu yang salah satunya adalah lagu artis tempatan.

    Pengarah Urusan dan Produser Origin, Siti Kamaluddin menjelaskan bahawa setiap tahun mereka akan mengadakan malam Brunei untuk mempamerkan bakat dalam industri muzik Brunei.

    Tahun ini sangat istimewa kerana mereka menggabungkannya dengan malam akustik yang melibatkan pemuzik tempatan dalam platform unik ini.

    Pada peringkat separuh akhir akan mempersembahkan dua lagu yang dibawakan oleh para peserta secara berturut-turut dalam apa yang Siti Kamaluddin gambarkan sebagai ‘konsert mini.’ Sehubungan itu, orang ramai diseru mengundi artis kegemaran mereka sejurus acara itu berlangsung kelak.

    Peringkat separuh akhir Bintang Search musim ke-3 bakal menampilkan malam akustik. – Gambar serahan Origin Artistic
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...