Bintang Squid Game buka akaun IG

Pelakon Squid Game, Lee Jung Jae mengambil keputusan membuka akaun Instagram peribadi selepas meraih populariti luar biasa menerusi siri drama tersebut di Netflix.

Menerusi perkongsian pertama selepas beberapa jam akaun Instagramnya di buka, dia meluahkan rasa teruja dapat berinteraksi dengan peminat.

“Adakah ini… bagaimana hasilnya…? #LeeJungJae #SquidGame,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Akaun yang baru sehari dibuka itu sudah mempunyai 400,000 pengikut selepas sembilan jam memuat naik foto pertamanya. Sebelum ini, Lee Jung Jae hanya berkomunikasi dengan peminat secara eksklusif melalui agensi mereka.

Walaupun begitu, pelakon veteran lain yang turut sama dalam drama tersebut seperti Gong Yoo masih belum mempunyai akaun Instagram. – Agensi

Akaun Instagram LeeJung Jae sudah mempunyai 400,000 pengikut selepas sembilan jam memuat naik foto pertamanya. – Agensi