Bintang tenis AS, Sloane dikecam di media sosial

WASHINGTON, 6 SEPT – Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Sloane Stephens antara atlet terkemuka yang berkongsi kekecewaan yang diterima dan ia sesuatu yang amat ‘meletihkan’ terhadap serangan yang diterima di media sosial.

“Saya manusia,” kata Sloane di Instagram sehari selepas diserang lebih 2,000 ‘komen negatif dan marah’ berikutan kekalahan di pusingan ketiga menentang pemain Jerman, Angelique Kerber di Terbuka AS.

“Sangat sukar untuk membaca mesej seperti itu, tetapi saya akan menulis beberapa mesej sehingga anda dapat melihat apa yang sebenarnya,” kata Sloane yang menyuarakan kebimbangannya seperti sebilangan atlet wanita kulit hitam yang bercakap mengenai kesihatan mental dan tekanan tinggi diterima dalam sukan.

Salah satu mesej yang menyinggung perasaannya berbunyi: “Saya berjanji akan mencarimu dan menghancurkan kakimu sehingga kamu tak boleh berjalan lagi @sloanestephens!… Saya harap anda nikmati saat terakhir anda di gelanggang hari ini.”

Sloane yang menang di Terbuka AS pada 2017 dan pernah menghuni ranking ketiga dunia berkata, “Kebencian seperti ini sangat melemahkan dan tidak akan pernah berakhir. Perkara ini tidak banyak dibincangkan tetapi ia sangat teruk.”

Komennya itu ditulis selepas mendapat perhatian daripada juara Grand Slam empat kali Naomi Osaka yang menarik diri daripada Terbuka Perancis dan tidak menyertai kejohanan Wimbledon tahun ini kerana masalah mental selepas terlalu banyak menerima perhatian media. – AFP

Sloane Stephens ketika memeriksa raketnya semasa perlawanan pusingan ketiga perseorangan wanita Tenis Terbuka AS 2021 menentang Angelique Kerber dari Jerman di Pusat Tenis Nasional USTA Billie Jean King di New York, semalam. – AFP