Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

Bintang tenis sokong tindakan WTA gantung kejohanan China

-

WASHINGTON, 2 DIS – Bintang tenis memberikan sokongan mereka di sebalik tindakan WTA untuk menggantung kejohanannya di China kerana kebimbangan terhadap keselamatan Peng Shuai, ketika gesaan meningkat meminta sukan lain mengikut jejak langkah sama hari ini.

Jelajah tenis wanita tersebut telah membuat keputusan yang digelar oleh pengerusinya sebagai ‘keraguan serius’ mengenai keselamatan pemain China Peng, yang menuduh seorang pemimpin Parti Komunis melakukan serangan seksual.

Pengerusi Persatuan Tenis Wanita dan CEO Steve Simon menggesa China menjalankan ‘siasatan penuh dan telus’ terhadap dakwaan Peng ke atas bekas timbalan perdana menteri Zhang Gaoli.

Tindakan WTA untuk menggantung kejohanan di China, termasuk Hong Kong, telah mendapat sokongan segera daripada tokoh terkenal dalam bidang tenis, antaranya pemain
nombor satu lelaki, Novak Djokovic dan pengasas jelajah wanita, Billie Jean King. – AFP

Aksi Peng Shuai ketika melawan Aleksandra Krunic di kejohanan Terbuka Tenis Perancis 2018. WTA menggantung kejohanan China kerana bimbangkan keselamatan Peng Shuai. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -