Bintulu bertukar status kuning

KUCHING, 14 JUN – Bintulu hari ini bertukar statusnya daripada kawasan hijau kepada kawasan kuning selepas mencatatkan satu kes positif baharu COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata, kes positif yang dilaporkan itu melibatkan seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di Mukah.

“Kes ini dikesan melalui saringan pelajar IPTA dan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) di Sarawak, seperti yang diarahkan oleh JPBN, di mana kes ini (pesakit) pernah menerima kunjungan saudara mara semasa perayaan Hari Raya yang lepas. – Bernama