Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah dan tenggara Laut Arab berkemungkinan besar menjadi ribut siklon paling kuat dalam tempoh 12 jam akan datang, lapor Xinhua.

    Menurut IMD, siklon itu akan bergerak hampir ke utara dalam tempoh 24 jam seterusnya dan kemudian ke utara-barat laut dalam tempoh tiga hari berikutnya.

    Siklon itu bergerak pada kelajuan lima kilometer sejam dan berada kira-kira 880 kilometer (km) barat-barat daya Goa, 990km barat daya Mumbai, 1,060km selatan-barat daya Porbandar.

    Kelajuan angin akan terus meningkat sehingga Ahad dan beransur-ansur berkurangan.

    Keadaan laut diramal bergelora di selatan Laut Arab dan di sepanjang dan di luar pantai utara Kerala-Karnataka-Goa.

    Nelayan dinasihatkan menghentikan aktiviti menangkap ikan di kawasan terjejas sehingga 14 Jun ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...