Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Biro Wanita MPK Sengkurong B semarak Maulidur Rasul

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong B melalui inisiatif jawatankuasa tertinggi dan ahli-ahlinya, hari ini, telah mengadakan Majlis Penutup Sambutan Maulidur Rasul yang diselajurkan dengan majlis penghargaan bagi ahli-ahli yang telah mencapai usia 70 tahun.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Jasmine, Hotel Parkview, Kampung Jerudong itu ialah Pengerusi Biro Wanita MPK Sengkurong B, Hajah Rukiah binti Mohammad Yassin yang juga menyampaikan penghargaan kepada 14 orang ahli yang mencapai usia 70 tahun.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat At-Tafrijiyah yang diketuai oleh Dayang Lauyah binti Haji Mohammad diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Hajah Rukiah.

    Antara tujuan majlis adalah untuk mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan dalam menegakkan agama Islam.

    Di samping itu, memperingati tarikh kelahiran Baginda Rasulullah SAW dan sebagai penghargaan kepada ahli yang telah mencapai usia 70 tahun yang telah sama-sama berganding bahu dalam mencurahkan tenaga, kerjasama dan berkongsi kegembiraan dalam mengukuhkan dan memantapkan lagi perkumpulan berkenaan.

    Majlis diserikan dengan bacaan dikir dan tausyeh beramai-ramai bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul.

    Hajah Rukiah menyampaikan penghargaan kepada salah seorang ahli yang mencapai usia 70 tahun.
    Majlis diserikan dengan bacaan dikir dan tausyeh beramai-ramai.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...