Birsa sertai Cagliari

MILAN, 10 Jan – Pemain sayap antarabangsa Slovenia, Valter Birsa menandatangani kontrak untuk Cagliari dari pasukan tercorot Serie A, Chievo, menurut pengesahan yang dibuat oleh kelab Itali itu, semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu, yang menyertai Verona sejak tiga tahun lalu, bersetuju bagi kontrak sehingga 30 Jun 2021.

Cagliari tidak mendedahkan maklumat perpindahan itu namun memuji Birsa sebagai seorang pemain yang ‘memiliki teknik dan bakat yang besar.’

Birsa pernah menyertai kelab Perancis Sochaux dan Auxerre sebelum berpindah ke Itali untuk beraksi bersama Genoa pada 2011.

Dia juga pernah bermain untuk Torino dan AC Milan sehinggalah menyertai Chievo pada 2014, di mana dia menjaringkan 18 gol dalam 163 perlawanan.

Perlawanan pertama bagi pemain itu, yang pernah beraksi pada Piala Dunia 2018, adalah dalam saingan Piala Itali menentang Atlanta, Isnin depan. – AFP