BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Sempena Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Badan BISTARI telah mengadakan majlis khatam Al-Quran di rumah Yang Dipertua Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman, baru-baru ini.
Tujuan majlis adalah untuk mengkhatamkan 30 juz Al-Quran khas untuk sambutan puja usia dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri.
Majlis juga diselajurkan dengan sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW.