Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Bistari Day K buka cawangan baharu

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Bistari Day K

    TUTONG, 10 JAN – Dalam usaha untuk membantu ibu bapa yang memerlukan khidmat penjagaan anak-anak ketika mereka memenuhi tuntutan pekerjaan harian, salah sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di negara ini, Bistari Day K, telah membuka cawangan baharunya di Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Pembukaan pusat penjagaan kanak-kanak yang terletak di Jalan Penanjong Kem, Kampung Bukit Panggal itu dibukakan kepada kanak-kanak yang berumur di antara tiga bulan hingga lima tahun. Hadir pada majlis perasmian ialah ahli-ahli jawatankuasa BISTARI serta tetamu undangan.

    Penubuhan pusat berkenaan diharap bukan sahaja menyediakan salah satu pilihan perkhidmatan khusus bagi penjagaan kanak-kanak yang belum melangkah ke alam persekolahan tetapi juga membantu golongan kanak-kanak mencapai tahap pertumbuhan dan perkembangan mengikut peringkat umur termasuk aspek kemahiran, komunikasi dan sebagainya.

    Gambar ramai ahli jawatankuasa Bistari pada majlis pembukaan cawangan baharu di Daerah Tutong baru-baru ini.
    Cawangan baharu Bistari Day K di Daerah Tutong yang dibuka baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...