Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BJIS adakan sambutan Hari Guru

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh para guru sempena Sambutan Hari Guru tahun ini, Sekolah Antarabangsa Jigsaw Bright (BJIS), baru-baru ini, telah menganjurkan sambutan Hari Guru yang berlangsung di Bilik Jasmine, Hotel Park View, Kampung Jerudong.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan BJIS, Haji Sambas bin Bagol.

    Juga hadir ialah ahli Lembaga Pengarah BJIS, Dayang Sitty Wardyna binti Haji Sambas; Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, Haji Mansor bin Haji Mohammad Yassin; Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, Dayang NorMadinawati Binti Haji Mat Noor dan lebih daripada 35 guru dan kakitangan BJIS.

    BJIS dalam kenyataannya berkata, acara berkenaan dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Awang Muhammad Iman Zainal Abidin dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua BJIS, Catherine San Diego.

    Gambar ramai bersama guru-guru serta warga BJIS.
    Persembahan tarian yang menyerikan lagi majlis tersebut.

    Acara tersebut kemudiannya diteruskan dengan penyampaian anugerah khas kepada beberapa orang guru di atas sumbangan yang telah diberikan mengikut bidang masing-masing.

    Antara penerima anugerah tersebut pada majlis itu ialah Catherine San Diego yang menerima anugerah sekolah sebagai pengetua dan Bindu Tadi menerima penghargaan sebagai pengumpul sumbangan BJIS

    Dengan moto ‘Valuing our Teachers, Improving their Status’, acara berkenaan turut diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian, permainan termasuk Balloon Pop Race, Paper Cup Blow Race, Cups Pyramid Race and Balloon Train Race.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda