Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    BKC kembali meriahkan ibu negara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Program Bandarku Ceria (BKC) yang diadakan setiap hujung minggu di Bandar Seri Begawan, dibuka semula hari ini setelah ditiadakan sepanjang bulan Ramadan.

    Seperti lazimnya, beberapa batang jalan raya menuju ibu negara ditutup dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi bagi memberi laluan kepada aktiviti riadah diadakan dengan selamat.

    Tinjauan media hari ini menyaksikan orang ramai mula mengunjungi BKC bersama keluarga pada pukul 7:30 pagi di mana kanak-kanak mengambil peluang melakukan aktiviti berbasikal dan ada yang menggunakan roller-blade.

    Jalan-jalan raya yang ditutup digunakan sebaik mungkin oleh orang ramai untuk melakukan aktiviti bersenam bersama keluarga seperti berlari, menunggang basikal dan lainnya.

    BKC bukan saja diisi dengan aktiviti riadah malah gerai-gerai jualan yang memberi peluang kepada peniaga kecil-kecilan mengetengahkan produk mereka.

    Dengan situasi pandemik COVID-19 di negara ini, pengunjung dan penjaja dikehendaki untuk mematuhi garis panduan Fasa Awal Endemik bagi kemudahan dan aktiviti kecergasan dan rekreasi serta garis panduan perkumpulan ramai yang berkuat kuasa pada masa ini.

    Antara penjaga mengambil kesempatan membawa anak-anak untuk beriadah semasa BKC kelmarin. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...