BKC Riders aktif berbasikal

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Usia persaraan tidak harus menjadi alasan untuk tidak bergiat aktif dalam kegiatan riadah, di mana seramai 17 orang ahli BKC Riders yang terdiri daripada para pesara telah mengadakan riadah berbasikal sejauh 40 kilometer bermula dan berakhir di Bandar Seri Begawan, hari ini.

Riadah berbasikal yang diketuai oleh Haji Amdan bin Haji Musa itu merupakan usaha ahli-ahli kumpulan berkenaan untuk mempromosi kesihatan dan kecergasan dalam usia persaraan serta untuk terus menyokong Program Bandarku Ceria yang diadakan setiap Ahad.

Haji Amdan turut menegaskan, menerusi acara itu, ahli-ahli disarankan untuk sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya ketika berbasikal.

BKC Riders bergambar ramai setelah berbasikal sejauh 40 kilometer, kelmarin. – Gambar oleh BKC Riders