Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    BKISHHB mula beroperasi 12 Disember

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) akan mula beroperasi untuk kunjungan orang ramai pada 12 Disember ini.

    Pemangku Pengarah BKISHHB, Dr Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad menjelaskan, bermula pada hari itu, galeri-galeri di BKISHHB akan dibukakan semula untuk kunjungan orang ramai mulai 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Jumaat.

    Beliau memaklumkan mengenai pembukaan semula Galeri Pameran BKISHHB berkenaan semasa sidang media yang diadakan di Dewan Persidangan, BKISHHB di ibu negara, yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai eksekutif BKISHHB.

    Tiket-tiket masuk boleh diperolehi dengan mengunjungi kaunter-kaunter tiket di dalam bangunan balai tersebut.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi www.bkishhb.gov.bn atau dengan mengikuti akaun Facebook dan Instagram, BKISHHB.BN.

    Orang ramai yang ingin mengunjungi galeri-galeri di BKISHHB sama ada yang beragama Islam atau bukan hendaklah memakai pakaian yang mematuhi kod pakaian kasual yang bersesuaian.

    BKISHHB merupakan manifestasi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memelihara khazanah cendekiawan Islam dengan menggiatkan pengembangannya melalui aktiviti pengumpulan, pemeliharaan, pengkajian, pameran, penyebaran, penyelidikan serta mengongsikan natijahnya bagi kemajuan Islam dan umat seumumnya serta menjadikannya One Stop Islamic Tourism Destination.

    Dr Haji Awang Mohammed Hussain semasa sidang media berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...