Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Black Hanifah setiap 10 minit hubungi keluarga

    Bimbang keadaan ibu bapa di kampung, penyanyi Black mengakui tidak senang duduk apabila mengetahui berlaku hujan lebat dan kenaikan paras air di beberapa buah kawasan di Baling, Kedah pada petang kelmarin.

    Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 35, setiap 10 minit dia akan membuat panggilan telefon untuk mengetahui perkembangan semasa keluarganya yang menetap di Kampung Hilir, Kupang.

    “Dianggarkan 300 meter di bahagian belakang rumah, ada sungai manakala di bahagian depan dan kiri kanan pula parit yang turut mempunyai aliran air, jadi itu antara yang menyebabkan paras air naik dengan cepat.

    “Sekitar pukul 11 malam, air di kawasan rumah saya sudah mula dinaiki. Syukur sebelum itu kami sempat mengalihkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi. Sekiranya terlambat mungkin akan tenggelam kerana air naik sehingga paras setengah kereta (paras lutut),” katanya kepada mStar.

    Black bagaimanapun berkata bahawa dia mula menarik nafas lega apabila dimaklumkan paras air mula surut sekitar pukul 1 pagi kelmarin.

    “Saya nasihatkan agar mereka alihkan semua barang-barang ke tempat tinggi sebagai persediaan. Kalau boleh jangan tidur kerana takut nanti tidak sedar air naik tiba-tiba.

    “Tengah malam itu keluarga memberitahu, tidak perlu bimbang kerana keadaan terkawal. Ayah juga menasihatkan agar jangan panik kerana semuanya baik-baik saja,” tambahnya lagi.

    Black turut meluahkan rasa syukur apabila chalet mereka, D’Sawah Chalet tidak mengalami sebarang kerosakkan. “Tiada sebarang kerugian kerana chalet kami itu dibina pada kedudukan yang agak tinggi,” ujarnya. – Agensi

    Black bimbang terhadap keadaan keluarganya di kampung. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...