BlackBerry, Amazon bekerjasama cipta perisian kenderaan pintar

SAN FRANCISCO, 2 DIS – BlackBerry dan Amazon kelmarin mengumumkan kerjasama untuk membina platform cloud komputer bagi membolehkan kereta dihubungkan dengan perkhidmatan asas data dari kenderaan dan pengguna.

Rancangan untuk Platform Data Pintar Kenderaan dipanggil ‘IVY’ menghubungkan kereta tanpa wayar kepada kuasa komputer dalam Perkhidmatan Jaringan Amazon, perkongsian yang berpangkalan di Kanada untuk meningkatkan lebih 50 peratus kepada hampir sembilan dolar.

“BlackBerry dan AWS mempunyai visi yang sama untuk memberikan pembekal automotif dan pemaju dengan pengetahuan yang lebih baik agar mereka boleh menyediakan perkhidmatan baharu kepada pelanggan,” menurut ketua eksekutif BlackBerry, John Chen dalam kenyataan bersama. IVY dicipta bertujuan untuk platform perisian yang berkaitan dengan sistem cloud yang boleh digunakan oleh sebarang pengeluar kenderaan untuk menganalisis data sensor dalam waktu sebenar dan memberikan maklumat berguna kepada pemandu. – AFP

BlackBerry dan Amazon mengumumkan kerjasama untuk mencipta platform cloud komputer dalam bidang automotif.- AFP