LONDON, 8 Mei – Blackburn Rovers menjadi juara Liga Perdana pertama terjatuh ke divisyen ketiga bola sepak Inggeris, sementara Newcastle menjulang gelaran Championship di hari terakhir yang penuh debaran.
Kemenangan bagi satu lagi kelab bersejarah, juara Eropah sebanyak dua kali Nottingham Forest 3-0 ke atas Ipwich, dan Birmingham City, yang menewaskan Bristol City 1-0, memaksa kejatuhan Rovers.
Blackburn merupakan juara Liga Perdana pada 1995, tetapi nasib mereka merosot di bawah pemilik baru, firma Venky dari India.
Manakala Rafael Benitez dan Newcastle melakukan tugas mereka dengan menewaskan Barnsley 3-0 tetapi ia memerlukan kesilapan daripada penjaga gol Brighton, David Stockdale untuk memastikan mereka kembali ke Liga Perdana sebagai juara.

Brighton, yang memulakan perlawanan dengan satu mata di depan Newcastle, dilihat menuju kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa sehingga Stockdale gagal menyelamatkan percubaan jarak jauh Jack Grealish dan menjadikan kedudukan 1-1.
“Perkara yang dibanggakan adalah semua kerja keras sepanjang musim telah mendapat habuannya hari ini,” katanya Benitez, yang namanya dinyanyikan oleh penyokong tuan rumah.
Blackburn menang 3-1 ke atas Brentford tetapi ia hanyalah sagu hati kecil apabila mereka merenung League One dan divisyen ketiga bola sepak buat pertama kali sejak 1980. – AFP