Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Blackhawk Network beli pegangan minoriti syarikat Wogi

    SINGAPURA, 31 JAN – Sebagai sebahagian daripada misi mereka untuk menawarkan ganjaran yang bermakna pada satu skala global, Blackhawk Network telah membeli satu kepentingan minoriti di dalam syarikat ganjaran dan insentif yang berpangkalan di Singapura, Wogi.

    Kerjasama itu akan mempercepatkan pertumbuhan bagi ganjaran dan insentif di seluruh Asia Tenggara dan menyediakan penyelesaian kepada perniagaan APAC yang menyemak semula strategi ganjaran mereka akibat daripada pandemik itu.

    Dengan pelaburan Blackhawk, Wogi akan kini dapat menawarkan satu pilihan ganjaran kad hadiah yang lebih meluas, yang telah terbukti sebagai insentif yang berkesan untuk memacukan kesetiaan dan motivasi di kalangan pembeli dan juga pekerja.

    “Pelaburan ini akan memberikan Blackhawk akses yang lebih besar kepada ganjaran, insentif dan kandungan kad hadiah yang meng-utamakan digital di rantau APAC seperti Singapura, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Indonesia, serta menyediakan Wogi dengan rangka kerja korporat yang lebih mantap yang mendapat manfaat daripada rangkaian dan penyelesaian kad hadiah Blackhawk yang luas,” kata Mark Singer, pengarah urusan Blackhawk Network bagi Asia Pasifik.

    “Ganjaran digital sangat popular di rantau APAC, dan terdapat pelbagai aplikasi untuk organisasi memanfaatkan ganjaran ini. Sebagai contoh, perniagaan boleh memanfaatkan ganjaran dan insentif pintar untuk membantu meningkatkan hasil paling atas dan menyelaraskan proses perniagaan dengan membina penglibatan dan meningkatkan kepuasan pekerja, rakan kongsi dan pelanggan.”

    Sehingga kini, Wogi memberi ganjaran kepada lebih 300 syarikat B2B dan B2C dengan lebih daripada 700 kandungan kad hadiah dan rakan kongsi pembayaran.

    Dengan bergabung tenaga dengan Blackhawk, pelanggan Wogi di pasaran APAC akan mempunyai akses kepada portfolio ganjaran yang lebih besar — ​​termasuk kan-dungan kad hadiah asal yang diperibadikan untuk penerima individu — melalui CONNECT API yang lancar dan teknologi integrasi digital untuk pesanan, pemprosesan dan penghantaran yang lancar.

    “Dengan sokongan Blackhawk, kami akan berpeluang untuk mengembangkan penawaran kami dan mencari peluang-peluang pertumbuhan untuk perniagaan kami dan perniagaan pelanggan kami,” kata Pavlina Atanasov, Pengasas dan Naib Presiden Kanan Wogi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...