Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    BLACKPINK bakal kembali!

    Kumpulan K-pop terkenal, BLACKPINK bakal membuat kemunculan semula pada Ogos depan.

    Berita itu disahkan secara rasmi oleh agensi mereka, YG Entertainment dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurut agensinya, ketika ini BLACKPINK berada pada peringkat akhir rakaman album mereka dan merancang untuk membuat penggambaran video muzik mereka pada akhir bulan ini.

    “BLACKPINK akan memulakan siri jelajah dunia terbesar yang pernah ada untuk kumpulan gadis K-pop menjelang akhir tahun.

    “Selain itu, mereka juga akan membuat kemunculan semula untuk peminat tersayang di seluruh dunia,” maklum wakil agensinya.

    Siri jelajah dunia BLACKPINK ini juga digambarkan sebagai siri jelajah dunia terbesar dalam sejarah kumpulan K-pop wanita.

    Untuk info, BLACKPINK belum mengeluarkan lagu baharu sebagai sebuah kumpulan dalam tempoh setahun sepuluh bulan sejak THE ALBUM.

    Semasa THE ALBUM, BLACKPINK tidak dapat melakukan banyak promosi kerana pandemik COVID-19 dan sekatan yang dikenakan pada ketika itu. – Agensi

    BLACKPINK bakal membuat kemunculan semula pada Ogos depan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...