Blackpink, Lady Gaga sah kolaborasi dalam album baharu

Setelah tersebar pelbagai spekulasi, akhirnya penyanyi Lady Gaga mengesahkan kolaborasi dengan kumpulan Kpop popular, Blackpink menerusi album terbaharunya, Chromatica.

Menerusi muat naik di laman Twitter, Lady Gaga memberitahu album terbaharunya ini menampilkan 16 lagu dan turut mengundang penyanyi lain iaitu Ariana Grande, Blackpink dan Elton John.

Perkongsiannya itu turut menarik perhatian peminat apabila tertera kolaborasi bersama Blackpink dalam lagu Sour Candy.

Sebelum ini, peminat seakan-akan sudah menduga akan adanya kerjasama di antara dua penyanyi ini, namun pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment tidak mengesahkan atau menafikan khabar angin itu.

Album terbaharu Lady Gaga ini sepatutnya dilancarkan pada 10 April lalu, namun terpaksa ditunda kerana penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada tarikh baharu pelancaran album berkenaan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Blackpink turut mengesahkan mengenai kolaborasi tersebut. –Agensi

Lady Gaga dan Blackpink bakal berkolaborasi. -Agensi