The Blades benarkan kakitangan untuk bercuti

LONDON, 12 APRIL – Pasukan Liga Perdana Inggeris, Sheffield United kelmarin berkata mereka telah membenarkan beberapa orang kakitangan sepenuh masa dan sambilan untuk bercuti tetapi akan terus membayar mereka dengan penuh semasa pelaksanaan cuti.

Pekerja yang terjejas adalah mereka yang tidak boleh melakukan tugasan harian kerana koronavirus.

Tetapi, kelab menegaskan ia tidak akan menggunakan duit awam dari skim pengekalan kerja kerajaan untuk membiayai langkah tersebut.

“Kelab Bolasepak Sheffield United telah memaklumkan keputusan kakitangan untuk dibenarkan bercuti kepada beberapa orang kakitangan yang tidak boleh melakukan tugasan harian pada ketika ini,” kenyataan dari kelab.

“Kelab mengesahkan bahawa kakitangan sepenuh masa dan sambilan akan terus dibayar penuh, meskipun cabaran dalam menangani impak COVID-19.” – AFP