Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bleu Royal bakal dijual AS$50 juta

    GENEVA, 5 NOV – Batu permata Bleu Royal yang amat unik bakal menjadi salah satu berlian termahal yang pernah dijual oleh firma Christie’s apabila ia dilelong pada Selasa.

    The Bleu Royal adalah bintang permata dalam siri jualan di Geneva bulan ini yang menampilkan item dari sejarah filem termasuk mutiara yang dipakai oleh Audrey Hepburn dan jam tangan Marlon Brando yang diukir sendiri.

    Dengan berat 17.61 karat, Bleu Royal adalah permata biru terang terbesar tanpa cacat cela di bahagian dalam yang pernah muncul untuk dijual dalam sejarah lelongan.

    Batu itu dijangka dijual pada AS$35 hingga AS$50 juta dalam lelongan Christie’s Magnificent Jewels.

    “Ia akan menjadi salah satu daripada 10 permata teratas yang pernah dijual di Christie’s, dari segi nilai,” beritahu Rahul Kadakia, ketua barang kemas antarabangsa Christie’s, kepada AFP.

    Cincin yang bertatahkan berlian itu telah menjadi koleksi peribadi selama 50 tahun.

    Kadakia berkata banyak berlian berwarna moden mempunyai potongan yang diubah suai untuk meningkatkan warna.

    Dalam kes Bleu Royal, “bahan kasar itu sendiri amat kaya sehingga mereka dapat memotongnya menjadi gaya segi klasik yang cukup menarik,” katanya. – AFP

    Gambar menunjukkan berlian ‘Bleu Royal’ berbentuk pear warna biru. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda