Wednesday, March 29, 2023
22.1 C
Brunei

-

Blinken bertemu Abbas

RAMALLAH, 1 FEB – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di bandar Ramallah Tebing Barat semalam.
Lawatan Blinken ke Ramallah adalah pusingan terakhir dalam jelajah serantau diplomat itu termasuk membabitkan Israel dan Mesir, lapor agensi Anadolu.

Semasa mesyuarat itu, Blinken berkata Washington menentang sebarang tindakan yang menyukarkan proses penyelesaian dua negara, termasuk peluasan penempatan dan merobohkan kediaman.

“Kami percaya adalah penting untuk mengambil langkah meredakan dan menghentikan keganasan, mengurangkan ketegangan – dan cuba mewujudkan asas bagi tindakan yang lebih positif pada masa hadapan.

“Apa yang kita lihat sekarang, harapan untuk Palestin semakin mengecil, bukan semakin berkembang. Dan kami percaya keadaan ini perlu berubah,” kata Blinken.

Dalam pertemuan itu, ketua diplomat AS mengumumkan bahawa Washington akan menyalurkan AS$50 juta untuk agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWA).

Sementara itu, Abbas menuduh Israel menjejaskan penyelesaian dua negara dan menyalahkan masyarakat antarabangsa kerana gagal menghentikan pendudukan Israel dan menamatkan peluasan penempatannya.

Pada Isnin, Blinken menyeru Israel dan pihak Palestin ‘untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi meredakan ketegangan.’ – Bernama

Presiden Mahmud Abbas (kanan) dan Antony Blinken berjabat tangan selepas pertemuan mereka di Ramallah, Tebing Barat pada 31 Januari. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -