Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Blinken di Australia bagi mesyuarat Quad

    MELBOURNE, 9 FEB – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken tiba di Australia hari ini untuk bertemu sekutu-sekutu Asia Pasifik berhubung kebangkitan China dan komitmen AS kepada rantau itu meskipun tumpuan Washington baru-baru ini ke atas Ukraine.

    Blinken akan menyertai mesyuarat dua hari dalam kumpulan Quad, dihasratkan untuk memperkukuhkan kerjasama bersama India, Australia dan Jepun sebagai satu benteng menentang peningkatan ekonomi dan tentera Beijing.

    Meskipun diplomat tertinggi AS itu mengakui kemungkinan isu Rusia menyerang Ukraine menjadi satu ‘keutamaan’ bagi kerajaan AS, beliau tetap terbang ke Melbourne bagi mesyuarat menteri-menteri luar negeri keempat Quad.

    Bagaimanapun, beliau menegaskan ‘tunjang’ utama Washington ke rantau Asia Pasifik dalam menghadapi cabaran China masih lagi wujud, meskipun peralihan krisis di Timur Tengah dan kini Timur Eropah beberapa tahun kebelakangan.

    “Dunia adalah suatu tempat yang besar. Kepentingan kita adalah global dan awda semua sangat tahu fokus utama yang kita letakkan ke atas rantau Asia Pasifik dan Indo-Pasifik,” ujarnya kepada wartawan di dalam pesawatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...