Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blinken hadir Sidang Kemuncak AS-ASEAN di Laos

    WASHINGTON, 9 OKT – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dijadual melawat Laos untuk mesyuarat ASEAN dan pemimpin berkaitan, menurut Jabatan Negara AS, kelmarin.

    Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller berkata Blinken akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak AS-ASEAN di ibu kota Laos, Vientiane, lapor agensi Anadolu.

    “Setiausaha Negara AS akan mengulangi komitmen AS terhadap pemusatan ASEAN dan sokongan kepada ASEAN Outlook mengenai Indo-Pasifik yang berkongsi prinsip asas dengan Strategi Indo-Pasifik AS.

    “Blinken akan menekankan bagaimana Perkongsian Strategik Komprehensif AS-ASEAN memberikan manfaat konkrit kepada gabungan penduduk seramai satu bilion orang, termasuk melalui kerjasama ekonomi kami dan peningkatan penglibatan dalam teknologi baharu seperti kecerdasan buatan,” katanya. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda