Wednesday, December 6, 2023
30 C
Brunei

    -

    Blinken: tamatkan segera permusuhan sempadan Azerbaijan-Armenia

    WASHINGTON, 13 SEPT – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Isnin menggesa agar permusuhan di sempadan Azerbaijan dan Armenia dihentikan segera, lapor Agensi Anadolu.

    “Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan tentang laporan serangan di sepanjang sempadan Armenia-Azerbaijan, termasuk serangan terhadap penempatan dan infrastruktur awam di Armenia,” kata Blinken dalam satu kenyataan.

    “Kami telah jelaskan sebelum ini bahawa, tindakan ketenteraan tidak mampu menyelesaikan konflik itu.

    “Kami menggesa agar sebarang permusuhan membabitkan tentera dihentikan segera,” katanya.

    Terdahulu, Kementerian Pertahanan Azerbaijan mendakwa tentera Armenia melakukan provokasi besar-besaran di sempadan menghala ke Dashkesan, Kalbajar dan Lachin.

    Kementerian itu turut mendakwa tentera Armenia melakukan sabotaj dengan menanam periuk api di laluan tentera Azerbaijan, sehingga memaksa tenteranya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani situasi itu, lalu menyebabkan pertempuran sengit berlaku antara tentera kedua-dua negara.

    Hubungan antara Armenia dan Azerbaijan tegang sejak 1991, apabila tentera Armenia menduduki Nagorno-Karabakh (juga dikenali sebagai Upper Karabakh), sebuah wilayah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Azerbaijan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...