Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Blizzard bakal gantung perkhidmatan di China

    BEIJING, 17 NOV – Syarikat permainan Amerika Syarikat (AS) Blizzard Entertainment akan menggantung kebanyakan perkhidmatannya di China mulai Januari, selepas ia gagal mencapai perjanjian pelesenan dengan firma tempatan Netease.

    Penerbit beberapa judul paling terkenal dalam permainan, termasuk World of Witchcraft dan Overwatch, Blizzard telah beroperasi di China sejak 2008.

    Namun firma itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia gagal mencapai perjanjian dengan penerbit China Netease untuk melanjutkan perjanjian pelesenan 14 tahun syarikat itu.

    “Blizzard Entertainment Inc mengumumkan hari ini bahawa ia akan menggantung kebanyakan perkhidmatan permainan di China,” kata Blizzard Entertainment, subsidiari Activision Blizzard di California.

    “Kami akan menggantung jualan baharu pada masa terdekat dan pemain China akan menerima butir-butir lanjut mengenainya,” tambahnya.

    Namun judul baharu World of Craft: Dragonflight, Hearthstone: March of the Lich King dan musim kedua Overwatch 2 masih dikeluarkan pada akhir tahun ini.

    Saham Netease yang disenarai di Hong Kong merosot lebih 10 peratus selepas pengumuman pada pagi tadi.

    China – pasaran terbesar dunia untuk permainan dalam talian – menyumbang sekurang-kurangnya tiga peratus daripada pendapatan bersih firma AS pada 2021, menurut rekod syarikat. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pengunjung mencuba permainan video terbaharu World of Witchcraft di pameran Gamescom di Cologne, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda