Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Blok deluxe asrama UBD dirasmi

-

Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Lyna Mohamad

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Blok deluxe baharu asrama Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah dibuka secara rasmi hari ini dengan majlis perasmian berikutan majlis menandatangani serah terima tugas antara UBD Corp Sdn Bhd dan SEC Mashibah Sdn Bhd.

Menandatangani bagi pihak UBD Corp ialah Pengurus Besar, Awang Mohd Iswandi bin Maaruf manakala SEC Mashibah diwakili oleh Pengarah Urusan, Tan Tow Chik manakala Naib Canselor UBD, Dr Haji Hazri bin Haji Kifle menyaksikan penandatanganan berkenaan selaku tetamu kehormat.

Blok kolej kediaman asrama yang baru diubahsuai itu menampilkan gabungan moden masa lalu, sekarang dan masa depan.

Ia direka untuk memastikan kreativiti, inovasi dan keselesaan, menjadikannya lebih daripada sebuah asrama, ia adalah rumah ‘dengan sentuhan dari hati’.

Dua blok asrama yang telah diubah suai ialah asrama lelaki dan wanita dengan setiap blok terdiri daripada 69 bilik yang menampilkan tiga kategori bilik iaitu 66 unit bilik deluxe single, dua bilik deluxe plus dan satu suite deluxe.

Pada mulanya, projek baik pulih itu dijadualkan bermula pada Oktober tahun lalu namun pandemik COVID-19 menyebabkan sedikit kelewatan selama dua bulan dan pihak pengurusan dapat beroperasi apabila tahun akademik baharu 2022/2023 bermula.

Majlis perasmian didahului dengan majlis menandatangani serah terima tugas antara UBD Corp Sdn Bhd dan SEC Mashibah Sdn Bhd yang disaksikan oleh Dr Haji Hazri.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -