Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    BLPC bantu petani tempatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Ghanim International Corporation Sdn Bhd (Ghanim) telah mengaktifkan semula Kempen Beli Hasil Tempatan (BLPC) pada 12 Ogos lalu untuk memberi peluang kepada orang ramai membeli hasil daripada peniaga di Tamu Tutong.

    Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, Ghanim akan membeli pelbagai hasil tempatan secara langsung daripada petani di tamu dan membekalkan hasil yang dikumpulkan kepada pelbagai saluran tempatan yang merangkumi kedai runcit, restoran, kedai kios Junction dan juga The Junction Convenient Stores serta banyak platform dalam talian semasa gelombang kedua pandemik ini.

    Inisiatif BLPC berkenaan dilancarkan oleh Ghanim pada April 2020 dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan DARe semasa penutupan sementara Tamu Tutong dan Tamu Seria disebabkan wabak COVID-19 antara April hingga Julai 2020.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif Ghanim, Dr Nur Rahman menjelaskan, “Dengan penutupan sementara Tamu Tutong dan Tamu Seria pada masa ini, kami sekali lagi menyahut seruan kerajaan untuk mendukung pembekal dan pengeluar sayur-sayuran yang terkesan akibat pandemik ini dengan mengaktifkan operasi kami di Tamu Tutong dan Tamu Seria yang masing-masing pada Selasa dan Rabu.”

    Menurut beliau, mereka juga telah memulakan penjualan produk tempatan secara dalam talian dan luar talian termasuk penghantaran ke rumah dan meminta masyarakat untuk membeli barang-barang ini sebagai menyokong petani tempatan semasa pandemik ini.

    Kenyataan menyatakan, setakat ini, Ghanim telah terlibat dengan hingga 32 petani bagi hingga 93 hasil sejak April 2020 dan syarikat turut berhasrat untuk menambah jumlah petani, barang dan jumlahnya dalam beberapa bulan mendatang.

    Untuk mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan, pembekal dan petani boleh
    menghubungi Ghanim dan memberikan maklumat penting lebih awal termasuk senarai, jumlah dan harga produk.

    Kakitangan Ghanim bersama antara hasil tempatan yang dikumpulkan menerusi BLPC di Tamu Tutong. – Gambar serahan Ghanim

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -