Blue Ocean Robotics cipta robot bunuh virus

ODENSE, 27 MEI – Blue Ocean Robotics hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Frost & Sullivan untuk Anugerah ‘Kepemimpinan Produk Robot Perkhidmatan Profesional Eropah 2020’ Amalan Terbaik mereka.

Pengiktirafan itu telah diperolehi terutamanya berdasarkan kepada usaha syarikat itu dengan anak syarikat UVD Robots, yang menggabungkan teknologi robot berautonomi dengan sinar ultra unggu untuk menghapuskan jangkit terhadap virus seperti COVID-19.

Sebuah anak syarikat Blue Ocean Robotics, penyelesaian berinovatif UVD Robots yang berpangkalan di Denmark telah terbukti dapat menghapuskan patogen dalam masa 10 hingga 15 minit di sebuah bilik pesakit. Robot nyahjangkit pandu sendiri syarikat itu telah dilancarkan ke lebih daripada 50 buah negara di seluruh dunia, sehingga kini.

“Pengiktirafan oleh Frost & Sullivan dengan sebuah ‘Anugerah Amalan Terbaik’ memberi penghormatan kepada hati, semangat dan dorongan yang kami dedikasikan untuk menciptakan inovasi, pembangunan dan kejayaan komersial,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Blue Ocean Robotics Claus Risager. “Kami sangat berbangga kerana dapat mengembangkan robot yang bukan hanya membantu menyelesaikan masalah dunia, tetapi juga merupakan pelaburan yang kukuh dan menguntungkan bagi pemilik kami.”

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan telah diberikan kepada syarikat yang menggalakkan pertumbuhan yang signifikan di dalam industri mereka, telah mengenal pasti trend yang baru muncul sebelum ia menjadi standard di tempat pasaran, dan telah mencipta teknologi termaju untuk memangkin dan mengubah industri. – Bernama